Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan wakil AS yang menghadiri Dialog Pemimpin Perdagangan dan Industri serta mantan Pegawai Kanan China-AS ke-7 di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.
Xi menegaskan, intipati hubungan China-AS adalah saling menguntungkan dan mewujukan situasi menang-menang. China dan AS telah melaksanakan kerjasama yang saling menguntungkan secara dua hala, serantau dan sejagat, bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah memberikan sumbangan demi keamanan, pembangunan dan kemakmuran serantau dan dunia. Kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang akan semakin luas pada masa depan.
Menurut Xi, China dan AS mempunyai banyak kepentingan bersama, namun wujud juga beberapa perselisihan. Kedua-dua negara perlu saling menghormati dan menjaga kepentingan utama, mengelakkan salah faham agar sebarang perselisihan dapat diselesaikan melalui kaedah yang bersifat membina. Sekiranya perselisihan dapat dikawal, maka kepentingan bersama dapat dipelihara. Pihak China komited menstruktur hubungan dua gergasi baharu China-AS bersama-sama dengan AS. Jika matlamat tersebut dapat direalisasikan, usaha tersebut akan menjadi keuntungan kepada rakyat kedua-dua negara dan kejayaan bagi keamanan dan pembangunan dunia.
Tambah Xi, beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke AS atas undangan Presiden Barack Obama. Beliau bersetuju untuk bertukar-tukar pendapat dengan Obama mengenai isu-isu yang perlu diberikan perhatian bersama. Beliau berharap, atas usaha China-AS, lawatan kali ini akan memperkasakan persahabatan rakyat kedua-dua negara, memperluas kerjasama pragmatik kedua-dua pihak dan mendorong perkembangan hubungan bilateral.
Presiden Persatuan Komersial AS, Thomas J. Donohur dan mantan Menteri Perdagangan AS, Carios M. Gutierrez juga menyampaikan sepatah dua kata. Mereka menyatakan bahawa pelbagai lapisan masyarakat AS mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke AS. Mereka yakin bahawa lawatan tersebut akan mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.