Projek rintis pembaharuan sistem kehakiman baharu telah dilaksanakan di 18 provinsi China. Sering dengan pembaharuan tersebut dilaksanakan di lebih banyak tempat, banyak tindakan pembaharuan sistem kehakiman yang berkaitan dengan kepentingan hak rakyat juga dilaksanakan dengan cepat.
Sejak 1 Mei tahun ini, mahkamah pelbagai peringkat di China telah melaksanakan sistem pendaftaran kes secara menyeluruh. Mahkamah tidak lagi menjalankan pemeriksaan substantif terhadap pendakwaan, namun hanya melakukan pemeriksaan normal. Menurut statistik terkini dari Mahkamah Tinggi, sejak sistem pendaftaran kes dilaksanakan pada sebulan lalu, jumlah kes yang telah difailkan meningkat 29 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Pada setengah tahun pertama tahun ini, projek rintis pembaharuan sistem juri rakyat juga dilaksanakan di 50 mahkamah di 10 provinsi, daerah dan bandar. Kandungan pembaharuan menyebut juri rakyat tidak perlu dicadangkan, tetapi dipilih secara rawak dalam kalangan orang awam yang menepati syarat bagi membolehkan lebih ramai orang awam menyertai perbicaraan kes.
Selain itu, projek rintis pembaharuan mekanisme kebertanggungjawaban kehakiman juga dilaksanakan dengan lancar di banyak tempat China. Pembaharuan tersebut bertujuan untuk mengawal dan menyelia kuasa kehakiman, mencegah kesilapan mahkamah serta membetulkan dan memberikan tanggungjawab siasatan.