Cari:
Bon Jovi Kembali ke Pentas
2015-09-18 11:23:56 CRI Cetak

Selepas 20 tahun, kumpulan rock terkenal AS, Bon Jovi, kembali menghiburkan peminatnya menerusi konsert Bon Jovi Live In Malaysia yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Konsert itu juga adalah antara usaha kumpulan terbabit bagi mempromosikan album terbaru mereka, Burning Bridges, yang dilancarkan Ogos lalu.

Sambil menjanjikan sebuah persembahan yang bertenaga dan menghiburkan, vokalis kumpulan itu, Jon Bon Jovi, 53, turut mengajak peminatnya untuk bernyanyi bersama-sama dengan mereka.

Selain Kuala Lumpur, Bon Jovi yang ditubuhkan pada tahun 1983 akan turut menjelajah beberapa kota lain seperti Singapura, Jakarta, Shanghai, Macau dan Abu Dhabi sebelum mengakhiri konsert mereka di Tel Aviv pada 3 Oktober depan.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China