Rumah Putih sebelum ini berkata, Presiden AS, Barack Obama akan menyambut kedatangan rakan sejawatannya Xi Jinping dengan penuh istiadat negara, apabila pemimpin dari China itu melawat Rumah Putih pada 25 hari bulan ini. Dalam pada itu, Menteri Luar China, Wang Yi memaklumkan, beberapa kali perundingan akan dilakukan semasa tempoh pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut. Zheng Zeguang berpendapat, lawatan itu dipercayai dapat memastikan usaha China dan AS dalam membina hubungan kuasa besar model baharu bergerak menuju ke landasan yang betul. Menurut beliau, komunikasi strategik harus diteruskan demi meningkatkan persefahaman dan memperluas persepakatan. Biarpun perselisihan dan beberapa masalah sensitif yang masih wujud di antara kedua-dua negara, namun, adalah paling penting untuk menghormati kepentingan teras dan perhatian utama antara satu sama lain serta proaktif menemukan cara penyelesaian. Selain itu, sikap bersifat membina memang diperlukan ketika menghadapi masalah yang mustahil ditangani pada ketika ini. Mengenai isu ekonomi, Zheng Zeguang mengatakan, dengan berlatarbelakangkan persekitaran ekonomi global, China dan AS perlu bertindak meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro dan memperluas kerjasama bilateral dalam bidang ekonomi dan perdagangan, supaya membawa peluang pekerjaan dan manfaat yang lebih banyak kepada rakyat kedua-dua negara. Ketika menyebut tentang masalah keselamatan siber, Zheng berpendapat, pada masa ini ancaman siber semakin mendesak dan meningkat. Oleh yang demikian, Beijing dan Washington dikehendaki mengembangkan kesalingpercayaan dan melakukan kerjasama demi masalah yang kritikal tersebut.
Difahamkan, persinggahan pertama dalam lawatan Presiden Xi ke AS adalah Seattle, sebuah bandar yang terkenal dengan miliknya perusahaan teknologi yang raksasa di AS, seperti Facebook dan Microsoft. Menurut jadual lawatan nanti, Xi akan mengadakan pertemuan bersemuka dengan usahawan China dan AS dari sektor IT berkenaan.