Cari:
Lawatan Presiden Xi Jinping ke AS Pasti Berjaya
2015-09-18 14:08:49 CRI Cetak

Lawatan Presiden Xi Jinping ke AS yang akan diadakan pada minggu depan bukan sahaja untuk meningkatkan saling mempercayai kedua-dua negara dan menggalakkan perkembangan hubungan dua gergasi baharu, malah untuk mencapai lebih banyak hasil bagi kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Dalam sidang media Kementerian Luar China semalam, penolong Menteri Luar, Zheng Zeguang menganggap bahawa melalui lawatan kali ini, China dan AS bukan sahaja berkemungkinan memperdalam kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, sumber tenaga, perlindungan alam sekitar dan penerbangan, bahkan akan meningkatkan penyelarasan dalam isu pertumbuhan ekonomi dunia, perubahan iklim, pembangunan dan misi pengaman. Di samping itu, kedua-dua pihak juga dijangka akan mencapai konsensus baharu dalam isu Asia Pasifik, nuklear Iran, nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea dan Afghanistan.

Menurut Naib Menteri Luar China, Li Baodong, ketika melawat ke ibu pejabat PBB, Presiden Xi akan mengumumkan langkah-langkah penting demi meningkatkan kerjasama antara China dengan PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China