Lima jabatan pentadbiran China dalam sidang media Dewan Negara China semalam bersama-sama memberikan penjelasan mengenai Pelan Induk Pembaharuan Sistem Tamadun Ekologi.
Menurut pelan induk tersebut, China menyasarkan pembentukan sistem tamadun ekologi yang jelas hak pemilikan serta insentif dan sekatan turut dilakukan serentak menjelang tahun 2020.
Melalui pelaksanaan pelan induk tersebut, China dijangka dapat membentuk sistem tamadun ekologi yang lengkap demi mendorong kemodenan sistem pengawalan dan kemampuan pentadbiran negara dalam bidang tamadun ekologi.
Sejajar dengan pembaharuan tersebut, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan terhadap aset sumber alam yang dipertanggungjawabkan oleh seseorang pegawai sebelum menamatkan tempoh perkhidmatan. Kepada sesiapa yang melakukan tindakan yang menjejaskan ekologi, mereka akan dipertanggungjawabkan sepanjang hidup.
Selain itu, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar akan membentuk rangkaian pengawasan ekologi serta memantau kerja perlindungan alam sekitar di pelbagai tempat.