Cari:
China Bantah Sebarang Tindakan Pencabulan Kedaulatan dan Keselamatan Wilayah di Laut China Selatan
2015-09-19 15:03:56 CRI Cetak

China membantah sebarang negara yang mencabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah China di Laut China Selatan dengan dalih "melindungi kebebasan pelayaran".

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang akhbar semalam.

Menurut laporan, Komander Armada Pasifik AS (USPF) menyatakan bahawa AS perlu meronda di kawasan berhampiran pulauan buatan manusia China yang sedang dibina untuk mencabar tuntutan hak kedaulatan China di Laut China Selatan.

Hong Lei berkata, China menaruh perhatian serius terhadap perkataan beberapa tokoh AS berkenaan. China mempunyai hak kedaulatan terhadap kepulauan Nanshan dan kawasan perairan di sekitarnya. Ini telah terbukti dalam fakta sejarah dan undang-undang berkenaan. Menurut beliau, China sama dengan AS yang menyokong kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, namun menentang sebarang negara mencabuli kedaulatan dan keselamtan wilayah China dengan dalih kebebasan pelayaran.

Hong Lei berkata, China meminta pihak berkenaan menghormati kepentingan kedaulatan dan keselamatan wilayah China dan jangan melakukan apa jua tindakan yang bersifat provokasi dan berisiko.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China