Cari:
Rang Undang-undang Keselamatan Jepun Diluluskan Secara Paksa
2015-09-19 15:31:24 CRI Cetak

Dewan Kaunselor Jepun yang dikawal oleh gabungan pemerintah Jepun telah meluluskan secara paksa rang undang-undang keselamatan Jepun pagi tadi tanpa mempedulikan pertentangan kuat parti-parti pembangkang. Sehubungan dengan itu, dasar keselamatan Jepun pasca Perang Dunia II mengalami perubahan yang besar.

Dimaklumkan, undang-undang keselamatan tersebut mengandungi satu undang-undang baharu dan 10 undang-undang pindaan. Undang-undang yang baharu, iaitu "Undang-undang Sokongan Keamanan Antarabangsa" sebenarnya bertujuan mengizinkan Jepun menghantar pasukan tentera ke seberang laut. 10 undang-undang yang dipinda pula kebanyakannya melibatkan pelaksanaan hak pertahanan diri kolektif dan Jepun memperluaskan misi dan lingkungan tindakan ketenteraan Pasukan Pertahanan Diri di luar negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar menyatakan bahawa Jepun meningkatkan kekuatan tentera dan mengubahsuai dasar keselamatan ketenteraan baru-baru ini. Tindakan tersebut tidak selaras dengan arus zaman kini yang mementingkan keamanan, perkembangan dan kerjasama. Tindakan Jepun tersebut telah menimbulkan rasa bimbang masyarakat antarabangsa. Tegas beliau, China menggesa Jepun mengambil iktibar daripada sejarah, mendengar suara keadilan dalam negeri Jepun dan masyarakat antarabangsa, menaruh perhatian terhadap keprihantian keselamatan negara-negara jirannya di Asia dan mengekalkan jalan mewujudkan pembangunan secara damai. Jepun diharapkan memegang sikap yang berhati-hati dalam bidang ketenteraan, dan mengambil tindakan yang bermanfaat kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Walaupun terkena hujan, beberapa puluh ribu penduduk dan pertubuhan pelbagai lapisan masyarakat Jepun telah berhimpun di depan bangunan Diet Jepun untuk menggesa agar rang undang-undang keselamatan dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China