Dialog Antara Pemimpin Sektor Industri dan Perdagangan Dengan Bekas Pegawai Kanan China-AS Ke-7 diadakan di Beijing pada 17 dan 18 September ini. Wakil kedua-dua pihak China-AS menyeru agar kedua-dua negara terus menyempurnakan hubungan ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan.
Wakil pihak China menyatakan bahawa perjanjian perlindungan pelaburan dua hala China-AS perlu dicapai dengan secepat mungkin. Selain itu, kedua-dua negara perlu menyempurnakan suasana pelaburan kedua-dua pihak, meneroka industri kerjasama baharu dan meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pengurusan hal ehwal antarabangsa.
Wakil pihak AS pula menyatakan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS bermanfaat bagi menghasilkan sumber pertumbuhan ekonomi dan inovasi yang baharu seperti telekomunikasi, pertanian, efisiensi penggunaan sumber tenaga dan teknologi perlindungan alam sekitar.
Dalam kenyataan bersama yang diumumkan selepas dialog tersebut berakhir, kedua-dua pihak mencadangkan agar menyelesaikan rundingan perjanjian perlindungan pelaburan dua hala, memulakan penyelidikan kerjasama perjanjian pelaburan dan perdagangan China-AS. Di samping itu, AS menggalakkan China menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik (TPP), manakala China menggalakkan AS menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ( RCEP). China dan AS bersama-sama memacu pembinaan zon perdagangan bebas Asia Pasifik.