Cari:
AS dan Rusia Bincang Isu Syria
2015-09-19 17:18:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter semalam menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Shoigu menerusi telefon untuk bertukar-tukar pendapat mengenai isu Syria.

Menurut kenyataan Pentagon, inilah kali pertama menteri pertahanan kedua-dua negara mengadakan perbincangan sejak kerjasama ketenteraan kedua-dua negara tergantung akibat krisis Ukraine pada bulan Mac tahun lepas.

Menurut kenyataan tersebut, AS dan Rusia bersetuju membincangkan pembinaan mekanisme pada masa depan untuk mengelakkan perselisihan dalam isu Syria akibat salah faham, serta akan bekerjasama untuk membanteras kumpulan militan IS.

Akhbar Capitol Hill AS, memetik kenyataan pegawai tentera AS sebagai berkata bahawa dialog antara menteri pertahanan AS dan Rusia kali ini bertujuan untuk mengelakkan konflik tercetus antara kedua-dua negara berikutan salah faham tentang strategi dan situasi dalam isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China