Cari:
AS, Britain Bertelagah tentang Rusia Terlibat dalam Usaha Membanteras IS
2015-09-20 14:22:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Luar Britain Philip Hammond mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry di London semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat berhubung Rusia terlibat dalam tindakan membanteras kumpulan militan IS, tetapi wujud percanggahan pendapat yang ketara.

Hammond menyatakan bahawa situasi di Syria akan menjadi lebih rumit ekoran penglibatan Rusia. Beliau berpendapat, Britain dan AS patut mengadakan perbincangan mengenai isu krisis kemanusiaan, pelarian dan usaha membanteras IS di Syria. Sebelum ini, kerajaan Britain telah jelas menunjukkan bahawa jika perlu menjalankan serangan udara di Syria, hal ini harus diputuskan melalui pengundian parlimen.   

Kerry pula berkata, AS mengalu-alukan Rusia melibatkan diri dalam tindakan membanteras IS. Negaranya telah bersiap sedia untuk mengadakan rundingan mengenai isu Syria dan hal ini bergantung kepada sama ada Presiden Syria, Bashar al-Assad bersedia berunding dengan pihak Rusia berhubung isu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China