Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kecam Kelulusan Rang Undang-undang Keselamatan Jepun
2015-09-20 15:57:48 CRI Cetak

Dewan Kaunselor yang dikawal oleh gabungan pemerintah Jepun meluluskan rang undang-undang keselamatan baharu semalam. Tindakan pemerintahan Shinzo Abe yang tanpa mempedulikan bantahan rakyat, memecahkan sekatan perlembagaan damai, dan mengancam keselamatan serantau ini mengakibatkan kecaman keras dalam dan luar negara itu.

Akhbar Asahi Shimbun Jepun menerbitkan rencana pengarang yang menyatakan bahawa pembahasan Diet terhadap rang undang-undang keselamatan tidak mencukupi. Parti pemerintah perlu memikul tanggungjawab terhadap masalah itu. Memelihara dan menyokong perlembagaan merupakan kewajipan setiap anggota Diet, penggubalan undang-undang dengan melanggar perlembagaan tidak munasabah. Pemerintahan Shinzo Abe menganggap pihaknya boleh mengambil apa jua tindakan berikutan memperoleh majoriti kerusi. Pandangan ini adalah salah faham terhadap demokrasi dan merupakan cabaran terhadap sistem berperlembagaan. Hanya membetulkan kesilapan, Abe baru dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Diet Jepun.

Jurucakap Parti Saenuri, parti pemerintah Korea Selatan, Lee Jang-Woo menyatakan bahawa pemerintahan Shinzo Abe memaksa untuk meluluskan rang undang-undang keselamatan telah mendedahkan keniatan pihaknya untuk mewujudkan hegemonisme di Asia. Pemerintahan Shinzo Abe meluluskan rang undang-undang keselamatan tanpa mempedulikan tentangan dari 80% rakyat Jepun. Hal ini mencetuskan kebimbangan negara Asia Timur Laut terhadap militerisme Jepun hidup kembali.

Pengerusi Yayasan ASEAN Nanyang Indonesia, Bambang Suryono menyatakan bahawa tindakan Shizo Abe tersebut tentu akan mengakibatkan kadar sokongannya menurun. Rang undang-undang keselamatan ini sebenarnya kaedah dan komplot Shinzo Abe untuk menghidupkan kembali militerisme. Membenarkan tentera Jepun dihantar ke luar negara akan menambah ketegangan situasi dan ketidakstabilan di rantau Asia Timur Laut dan Asia Timur. Rakyat Indonesia dan ASEAN membantah keras tindakan Jepun tersebut.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura pula menerbitkan artikel yang menyatakan bahawa sekiranya kabinet Shinzo Abe tidak menghiraukan perlembagaan dan menguatkuasakan rang undang-undang keselamatan, tentu akan mengakibatkan bantahan rakyat yang lebih keras. Pihak pemerintah Jepun akan mengalami hukuman dalam pilihan raya Dewan Kaunselor Jepun pada tahun depan. Tindakan Shinzo Abe kali ini mungkin bertujuan menguji untuk mengetahui pendapat rakyat terhadap tindakan melanggar perlembagaan. Tidak menolak kemungkinan kabinet Shinzo Abe meminda perlembagaan dan menuntut rakyat membuat keputusan terhadap perlembagaan damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China