Cari:
Wang Yi: Kekalkan Arah Tuju Semenanjung Korea Bebas daripada Nuklear
2015-09-20 15:59:56 CRI Cetak

Seminar Antarabangsa Memperingati Ulang Tahun ke-10 Kenyataan Bersama "19 September" Rundingan Enam Pihak Masalah Nuklear Semenanjung Korea diadakan di Wisme Tetamu Beijing semalam. Menteri Luar China, Wang Yi menyampaikan ucapan yang bertajuk "Mengenang kembali semangat kenyataan bersama '19 September', memelihara kestabilan dan keamanan Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut" dalam seminar itu.

Wang berkata, rundingan enam pihak pusingan keempat mencapai persepakatan yang penting pada 10 tahun lalu, iaitu mengeluarkan kenyataan bersama yang menetapkan siri agenda utama, membuat keputusan dengan mempertimbangkan keprihatinan pelbagai pihak dan mencapai kata muafakat yang mencerminkan kepentingkan pelbagai pihak. Pelbagai pihak berkenaan berjanji mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada nuklear secara damai dan boleh diperiksa. Kini, kenyataan ini tidak ketinggalan zaman dan masih merupakan panduan demi menyelesaikan masalah nuklear di Semenanjung Korea.

Wang Yi berkata, China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak berkenaan memberikan sumbangan baharu demi mewujudkan matlamat ini.

Sarjana dan pegawai dari China, Rusia, AS, Korea Selatan dan Jepun menghadiri seminar ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China