Cari:
Krisis Pelarian di Benua Eropah Semakin Meruncing
2015-09-21 13:23:18 CRI Cetak

Kejadian bot karam berlaku hampir setiap hari di perairan Greece ekoran krisis pelarian yang kebanyakannya dari Syria cuba mencari suaka politik di benua Eropah.

Semalam, tragedi bot karam berulang lagi apabila 13 orang termasuk empat orang kanak-kanak disahkan maut selepas bot yang dinaiki mereka karam di sekitar Pelabuhan Canakkale di barat laut Turki sebelum menuju ke Pulau Lesbos, Greece, lokasi transit kumpulan pelarian ke utara Eropah.

Insiden terbaharu itu berlaku sehari selepas pengawal pantai Itali memaklumkan pihaknya telah menyelamatkan hampir 4,700 pela­rian kelmarin daripada bot-bot dan ­kapal yang sesak.

Dalam satu insiden berasingan, sebanyak 26 orang pelarian ­dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di Laut Aegean, berhampiran ­dengan pantai ­Pulau Lesbos.

Setakat ini, Hungary melaksanakan tindakan paling keras bagi mengekang kebanjiran pelarian dengan membina pagar besi di sepanjang sempadan negaranya dengan Croatia.

Hungary bagaimanapun mengalah pada Jumaat lalu apabila membenarkan kira-kira 11,000 pelarian masuk ke negara itu dari Croatia.

Pada ketika ini, Croatia menutup beberapa pintu sempadan dan tidak lagi menerima pelarian selain hanya untuk memberi bantuan makanan, air dan perubatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China