Pakar terkemuka dari AS mengenai isu China, yang juga felow kanan Institut Brookings, salah satu kumpulan pemikir utama di Washington, Kenneth Lieberthal menganggap bahawa pertemuan secara bersemuka yang akan diadakan antara Presiden AS, Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping bakal merangsang kerjasama kedua-dua negara secara positif sehingga memperoleh pencapaian yang memuaskan.
Pertemuan itu menawarkan peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk berbincang secara mendalam tentang beberapa isu utama yang berkaitan dengan hubungan bilateral.
Kenneth berharap agar pertemuan berkenaan dapat memberikan isyarat kepada rakyat kedua-dua negara, iaitu meskipun percanggahan dan perselisihan masih wujud, namun Washington dan Beijing akan tetap mengekalkan kerjasama dan mengawal perselisihan berkenaan berdasarkan kepentingan bersama.
Ketika memperkatakan tentang hasil terperinci yang bakal dicapai semasa pertemuan tersebut, Kenneth berkata, lebih banyak mekanisme untuk mewujudkan rasa saling mempercayai dijangka bakal diumumkan demi membantu menangani pelbagai krisis.