Kementerian Luar China hari ini menyiarkan dokumen yang menunjukkan pendirian Beijing mengenai ulang tahun ke-70 penubuhan PBB, bersempena dengan kehadiran Presiden Xi Jinping dalam beberapa sidang kemuncak PBB di New York, AS, pada 26 hingga 28 September ini.
Perspektif China terhadap beberapa isu utama PBB telah diterangkan dengan jelas dalam dokumen tersebut, antaranya termasuklah fungsi PBB, misi pengaman PBB, keselamatan kesihatan awam, kanak-kanak, pendidikan, hak orang kurang upaya, perubahan iklim, keganasan, keselamatan siber, hak asasi manusia, kecekapan operasi PBB, dan sebagainya.
Beijing berpendapat, Piagam PBB tidak ketinggalan zaman. Masyarakat antarabangsa bukan sahaja patut menyemarakkan semangat piagam tersebut, malah patut menyuntik elemen baharu dalam piagam tersebut berdasarkan trend semasa dan keperluan sebenar.
Masyarakat antarabangsa dinasihati supaya memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan PBB sebagai kesempatan untuk menimba iktibar daripada sejarah dan memelihara hasil kemenangan Perang Anti-Fasis.
Mengenai keselamatan siber, China berharap agar kerjasama antarabangsa yang berasaskan prinsip saling menghormati dan adil dapat diperkasakan demi mewujudkan ruang siber yang damai, selamat, terbuka dan bekerjasama.