Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry menerusi panggilan telefon hari ini.
Wang Yi berkata, lawatan Presiden Xi Jinping ke AS yang bakal menjadi tumpuan dunia besar maknanya kepada hala tuju hubungan China-AS dan perkembangan situasi semasa global.
Beliau berharap agar pihak-pihak terbabit dapat terus menyempurnakan semua persiapan demi kelancaran dan kejayaan lawatan berkenaan.
Dalam pada itu, Kerry berkata, masyarakat tempatan begitu teruja dengan berita lawatan Presiden Xi ke AS. Pihaknya yakin, lawatan kali ini akan berjaya memperoleh hasil yang membina dan positif.