Cari:
Gencatan Senjata Lebih Lama Dikuatkuasakan di Syria
2015-09-22 14:27:27 CRI Cetak

Tentera Syria dan pihak-pihak bertelagah bersetuju untuk menguatkuasakan gencatan senjata terbaharu sejak tengah hari kelmarin di tiga kawasan yang terlibat dalam pertempuran.

Gencatan senjata yang membabitkan dua buah perkampungan di wilayah Idlib, iaitu Kafraya dan Fuaa serta Zabadani di wilayah luar bandar itu hanya dijanji berlangsung selama 48 jam.

Kini, pihak-pihak yang bertelagah akan meneruskan rundingan bagi melaksanakan gencatan senjata yang lebih luas dan lama, iaitu selama enam bulan di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Berdasarkan persetujuan pihak-pihak bertelagah, puak pemberontak akan berundur dari Zabadani, manakala, golongan wanita, kanak-kanak, lelaki berusia 50 tahun ke atas serta mereka yang cedera akan dibawa keluar dari Kafraya dan Fuaa.

Dalam pada itu, sebuah pasukan kerja yang terdiri daripada pemantau PBB, Iran dan Syria akan bertanggungjawab menyelia pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Gencatan senjata yang dikuatkuasakan kelmarin adalah percubaan ketiga bagi mencari perdamaian di tiga kawasan terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China