Cari:
Eropah Digesa Pikul Tanggungjawab
2015-09-22 14:59:22 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam membuat gesaan menerusi jurucakapnya, Stephane Dujarric agar Kesatuan Eropah (EU) dapat mencapai pakej penyelesaian krisis pelarian sejajar dengan kewajipan antarabangsa dan Piagam PBB.

Ban Ki-moon berharap agar semua negara di Eropah dapat memikul tanggungjawab berkenaan dan membenarkan pelarian mencari suaka politik, di samping mentaati prinsip "tidak mengusir keluar".

Beliau juga meluahkan rasa bimbang berikutan penutupan sempadan oleh beberapa negara Eropah dan kekurangan kemudahan penempatan semula serta penahanan terhadap pelarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China