Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa cara untuk menyempurnakan sistem tadbir urus global harus ditentukan oleh semua negara.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, sebelum berlepas ke AS.
Xi berpendapat, sistem tadbir urus global perlu diusahakan seluruh dunia, bukan dikuasai sesebuah negara secara bersendirian. China tidak pernah memikirkan sebegitu dan tidak akan berbuat sedemikian.
Menurut beliau, China adalah peserta, pembina dan penyumbang dalam sistem antarabangsa yang sedia ada. Beijing sentiasa mempertahankan orde antarabangsa dan sistem global yang berteraskan PBB dan Piagam PBB.
Selain isu tersebut, Presiden Xi juga memberikan jawapan mengenai isu-isu lain, seperti hubungan China-AS, kerjasama China-AS dalam urusan Asia Pasifik, situasi ekonomi China, pelaburan asing di China, dasar siber China, antirasuah, dan sebagainya.