Cari:
2.5 Juta Jemaah Haji ke Mekah
2015-09-22 17:23:30 CRI Cetak

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji mula berhimpun di Mekah semalam untuk menunaikan fardu haji.

Selepas berlakunya beberapa siri serangan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan insiden kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lalu yang telah meragut lebih 100 nyawa, pihak berkuasa Arab Saudi kini memberikan perhatian yang serius tentang isu keselamatan.

Kira-kira 100 ribu orang askar, lebih tiga ribu orang anggota bomba dan 500 buah kereta bomba ditempatkan di kawasan ibadat.

Untuk mencegah penularan wabak MERS dalam kalangan jemaah haji, kira-kira 30 ribu orang doktor dan jururawat serta lebih 400 buah ambulans bersiap sedia di pelbagai hospital di Mekah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China