Cari:
Kerjasama Seattle-Beijing Dipacu
2015-09-23 14:19:42 CRI Cetak

Kerjasama antara Washington, bandar Seattle dengan China perlu dipacu dengan menjayakan pelbagai program dalam bidang perkilangan, bioteknologi, perlindungan alam sekitar, kebudayaan, dan sebagainya.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan secara bersemuka dengan Gabenor Washington, Jay Inslee, Datuk Bandar Seattle, Ed Murray, mantan Duta Besar AS ke China, Gary Locke, dan lain-lain, di Seattle, petang semalam.

Xi berkata, Washington dan bandar Seatle merupakan pintu masuk yang menghubungkan AS dengan China, malah Asia. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin erat berikutan kerjasama yang berhasil dalam ekonomi, perdagangan dan kebudayaan.

Kini, Washington mencatat jumlah eksport ke China paling banyak berbanding dengan negeri-negeri lain di AS dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Gabenor Inslee dan Datuk Bandar Murray menyambut baik lawatan Xi dan melahirkan hasrat mereka untuk terus menyumbang kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara agar bermanfaat kepada rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China