Cari:
Pelan Penempatan 120 Ribu Pelarian Diluluskan
2015-09-23 14:23:39 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pelan penempatan semula 120 ribu pelarian di seluruh rantau itu dengan undi majoriti semalam.

Persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Menteri-Menteri Dalam Negeri negara anggota EU yang berlangsung di Belgium.

Mesyuarat tersebut menyaksikan menteri-menteri terbabit membincangkan kontroversi kuota wajib untuk menempatkan semula 120,000 pelarian ke seluruh EU selepas mereka gagal mencapai persetujuan minggu lalu.

Krisis pelarian telah mewujudkan jurang yang besar dalam kalangan anggota EU yang kini bergelut dengan lambakan pendatang tanpa izin (PATI). Romania, Republik Czech, Slovakia dan Hungary menolak pelan tersebut, manakala Finland berkecuali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China