Presiden China, Xi Jinping memuji Forum Gabenor China-AS kali ke-3 yang berlangsung di Seatle semalam kerana sejajar dengan cabaran semasa yang dihadapi kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa.
Forum yang bertemakan "Tenaga Bersih dan Pembangunan Ekonomi" itu menfokuskan ekonomi karbon rendah dengan menyaksikan kehadiran gabenor-gabenor dari California, Washington, Iowa, Michigan dan Oregon serta bandar Beijing, Chongqing dan provinsi Sichuan, Zhejiang, Shandong dan Shaanxi.
Gabenor California, Jerry Brown berpendapat, cabaran global yang sedang dihadapi semua, seperti perubahan iklim, tidak mampu diselesaikan sesebuah negara secara bersendirian. Oleh itu, memerlukan usaha sama masyarakat antarabangsa.