Cari:
Keselamatan Siber dan Antirasuah, Kandungan Utama Ucapan Presiden Xi
2015-09-23 17:24:44 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 800 orang tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat di Seattle, Amerika Syarikat (AS) semalam, yang bertujuan untuk menghilangkan kesangsian khalayak ramai mengenai hala tuju pembangunan China dan dasar negara itu.

Mengenai isu keselamatan siber yang menjadi perhatian utama AS, Xi menyatakan bahawa China yang pernah mengalami serangan penggodam, sentiasa berjuang untuk memelihara keselamatan siber. Beliau menegaskan, China tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa jua bentuk atau menyokong mana-mana individu yang melakukan kegiatan mencuri rahsia komersial.

Presiden Xi dalam ucapannya juga menyatakan secara berterus terang tentang langkah-langkah untuk mencegah dan memerangi amalan rasuah yang kini sedang giat dilaksanakan di dalam negara.

Xi menjelaskan lagi bahawa tiada persaingan kuasa dalam sistem pemerintahan di China. Beliau berharap agar AS dapat menghulurkan bantuan dan sokongan kepada China dalam usaha mengesan pesalah rasuah yang melarikan diri ke negara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China