Cari:
Rain Tubuh Agensi Sendiri
2015-09-23 15:06:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penyanyi, pelakon dan model popular dari Korea Selatan, Rain yang sebelum ini berpisah dari Cube Entertainment selepas kontraknya tamat baru-baru ini, membuat keputusan untuk menubuhkan agensinya sendiri dengan bantuan pengurusnya.

Selepas tamat perkhidmatan tentera mandatori, Rain menyertai Cube Entertainment kerana mempunyai hubungan baik dengan CEO syarikat itu, Hong Seung Sung yang dikenali ketika mereka bersama-sama di bawah JYP Entertainment.

Namun, selepas kontrak dua tahun dengan Cube tamat, Rain mengumumkan mahu bergerak sendiri tetapi akan terus mengekalkan hubungan baik dengan bekas majikannya itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China