Cari:
Pelan Agihan Pelarian Cetus Percanggahan
2015-09-24 15:20:16 CRI Cetak

Pada umumnya, pelan perkongsian penempatan semula 120 ribu pelarian di 28 buah negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang diluluskan pada mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Dalam Negeri EU di Brussels kelmarin memperlihatkan jurang yang amar besar antara negara anggota EU.

Negara-negara kaya dari barat Eropah, antara lain Jerman, mendesak EU supaya melaksanakan pelan agihan pelarian itu secepat mungkin.

Manakala, Hungary, Romania, Republik Czech dan Slovakia yang merupakan negara dari timur benua itu tidak menyokong pelan berkenaan.

Menteri Luar Luxemburg, selaku negara pengerusi bergilir EU, Jean Asselborn melahirkan rasa kesal terhadap pelan tersebut yang diluluskan tanpa semua undi bersetuju.

Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico pula melemparkan kritikan keras terhadap pelan agihan itu yang tidak masuk akal.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Czech, Milan Chovanec menyifatkan pelan agihan itu sebagai amat hipokrit.

Dalam perkembangan yang lain, nasib pelarian Islam di benua itu turut mendapat perhatian ramai.

Terdapat segelintir pihak yang risau terhadap golongan itu dan penganut Kristian tempatan sama ada mereka dapat hidup dengan harmoni tanpa prejudis atau tidak, dan ada juga yang bimbang mereka mungkin dihasut oleh puak pelampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China