Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menanti-nantikan kedatangan Presiden China, Xi Jinping dalam Perhimpunan Agung PBB kali ke-70 di New York pada 26 hingga 28 September ini.
Ban berkata, Xi buat pertama kali akan tampil di pentas PBB sejak beliau menyandang jawatan Presiden China.
Kehadiran beliau juga turut dinanti-nantikan oleh pemimpin-pemimpin negara lain. Pada saat yang bersejarah itu, Xi beserta dengan pemimpin-pemimpin lain akan membincangkan pelbagai isu antaranya termasuklah pembasmian kemiskinan, pemeliharaan bumi dan pembangunan mampan.