Cari:
Forum Internet China-AS di Seattle
2015-09-24 16:00:11 CRI Cetak

China dan Amerika Syarikat (AS) perlu meningkatkan komunikasi strategik bagi memperkukuh rasa saling mempercayai, bersama-sama menerajui pembangunan ekonomi digital, menjaga keselamatan siber dan membincangkan peraturan tertentu.

Demikian dinyatakan Menteri Jabatan Pentadbiran Ruang Siber China, Lu Wei ketika berucap pada Forum Internet China-AS kali ke-8 yang berlangsung di ibu pejabat syarikat Microsoft di Seattle, AS semalam.

Lu dalam ucapannya memetik perspektif Presiden Xi Jinping terhadap hubungan keseluruhan China-AS sebagai berkata, kedua-dua negara patut menyuburkan rasa saling mempercayai, mengetepikan kesangsian dan mengelak membuat pertimbangan yang tidak wajar. Beliau menyeru Beijing dan Washington agar bertindak bersama-bersama dalam memerangi kegiatan jenayah siber.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Perniagaan AS, Bruce H. Andrews menyatakan bahawa China dan AS adalah rakan ekonomi utama pada abad ke-21 ini. Ketika menghadapi perselisihan dan cabaran, adalah penting untuk bersemuka di meja rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China