Cari:
Ucapan Presiden Xi Disambut Baik
2015-09-24 13:44:39 Harian Renmin Ribao Cetak
Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Forum Gabenor Provinsi dan Negeri China-AS ke-3 serta majlis jamuan sambutan oleh kerajaan negeri Washington dan pertubuhan AS di bandar Seattle pada 22 September lalu. Ucapan beliau pada kedua-dua aktiviti tersebut disambut baik oleh para peserta, khususnya tokoh-tokoh AS.

Duta Besar AS ke China, Max Sieben Baucus menyatakan bahawa AS dan China sedang giat mendorong hubungan rakan kerjasama kedua-dua negara mencapai kemajuan baharu. Ini memerlukan satu pihak memahami kepentingan strategik pihak lain supaya dapat menjalinkan kesalingpercayaan. Beliau berkata, "Saya percaya lawatan Presiden Xi ke AS kali ini akan mencapai hasil yang memuaskan. Sebagai dua kuasa besar yang penting di dunia, kerjasama antara AS dengan China pasti akan memberikan pengaruh yang besar terhadap seluruh dunia. Oleh itu, kedua-dua negara patut terus mengintensifkan dan memperluas kerjasama."

Beliau berkata, Presiden Xi dalam ucapannya sekali lagi menyebut "perangkap Thucydides" untuk menegaskan pentingnya menjalinkan kesalingpercayaan antara kedua-dua negara. AS dan China patut bersama-sama menangani isu tersebut.

Forum Gabenor Provinsi dan Negeri China-AS ditubuhkan pada tahun 2011. Forum tahun ini bertemakan "sumber tenaga bersih dan pembangunan ekonomi". Gabenor negeri Washington, Jay Robert Inslee menyatakan bahawa lima orang gabenor dari AS dan rakan-rakan sejawat dari China bersama-sama membincangkan isu sumber tenaga bersih dan pembangunan ekonomi serta isu-isu yang diberi perhatian bersama. Presiden Xi dalam ucapannya berulang kali menegaskan peri pentingnya kerjasama tempatan antara China dengan AS. Hal ini penuh menunjukkan beliau dan kerajaan China sangat mengambil berat terhadap kerjasama antara negeri dengan provinsi dan bandar dengan bandar kedua-dua negara.

Bekas Duta Besar AS ke China, Gary Faye Locke memberitahu wartawan bahawa Presiden Xi menghuraikan pandangan China terhadap dunia serta matlamat pembanguan dan harapan China terhadap masa depan. Kini, semakin banyak orang AS melancong ke China, mereka perlu lebih memahami sejarah, bahasa dan budaya tentang China. Beliau berkata, "Kami melihat China menghadapi beberapa cabaran, tetapi di samping itu, China dan AS juga memiliki kepentingan yang bersama. Oleh itu, kedua-dua negara kita mesti bekerjasama bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua negara, malah untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi olehseluruh umat manusia."

Naib Presiden Syarikat Microsoft, Ralph Hauper berkata, dalam globalisasi ekonomi, pembangunan China memerlukan AS, dan pembangunan AS juga memerlukan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China