Cari:
Xi: Trend Pertumbuhan China akan Dikekalkan
2015-09-24 13:10:25 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang dalam rangka lawatan negara pertamanya ke Amerika Syarikat (AS) telah menghadiri sesi pertemuan usahawan China dan AS di Seattle semalam. Menurut beliau, ekonomi China akan mengekalkan pertumbuhan sederhana dan pesat dalam jangka masa panjang. Beliau menegaskan bahawa China sedang melaksanakan dasar pintu terbuka pusingan baharu, dan tahap pembukaannya akan kian ditingkatkan.

Sesi pertemuan itu turut dihadiri oleh 15 orang usahawan China dan 15 orang usahawan AS. Mereka termasuk Ma Huateng dari Syrikat Tencent, Ma Yun dari Syarikat Alibaba, Pan Gang dari Kumpulan Yili, Warren Buffett, dan Timothy Donald Cook.

Presiden Xi terlebih dahulu menjelaskan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang rapat dengan mengambil beberapa contoh. Katanya,"Terdapat 2,500 buah pesawat digunakan oleh penerbangan awam China, Boeing mewakili separuh daripada angka itu. Windows ciptaan Microsoft telah berjaya mengubah amalan kerja dan hidup rakyat China. Starbucks telah membuka lebih 1,700 kedai di China. CISCO dan IBM masing-masing telah menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)di China. Perniagaan syarikat AS di China dan kerjasama syarikat kedua-dua negara memainkan peranan positif untuk menggalakkan pembangunan China. Di samping itu, syarikat AS turut memperoleh keuntungkan lumayan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi AS. Selain itu, syarikat China juga giat membuat pelaburan di AS. Alibaba telah membawa banyak peluang kepada syarikat kecil dan sederhana AS untuk meneroka pasaran di China."

Baru-baru ini, pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan-dan pasaran saham turut mengalami turun naik. Sehubungan dengan kebimbangan orang ramai terhadap trend pertumbuhan ekonomi China, Presiden Xi menjelaskan, "Trend pertumbuhan ekonomi China akan kekal dalam jangka masa panjang. Pertumbuhan China yang menjadi perlahan berikutan pengaruh ekonomi dunia, tindakan kawalan dalam negeri, dan beberapa faktor yang lain. Kami telah menyedari risiko dan cabaran dalam ekonomi China dan turut mengambil tindakan demi menyelesaikannya. Prospek ekonomi China pada keseluruhannya adalah baik dan akan mengekalkan kepesatan pertumbuhan sederhana dan pesat dalam jangka masa panjang. "

Presiden Xi menyatakan bahawa China akan meningkatkan tahap pembukaan sektor industri perkhidmatan dan perkilangan, mempercepat penggubalan undang-undang modal pelaburan asing, dan melaksanakan dasar memudahkan pelaburan asing.

Rundingan perjanjian perdagangan pelaburan dua hala China-AS yang diadakan selama tujuh tahun antara agenda penting dalam lawatan Presiden Xi kali ini. Rundingan kini telah memasuki fasa pragmatik "layaan kerakyatan sebelum kebenaran masuk dan senarai negatif". Xi berkata, "Perjanjian yang bakal dicapai akan melonggarkan sekatan akses pasaran China dan AS, serta menetapkan peraturan pasaran yang lebih terbuka dan telus. Ini selaras dengan dasar China yang mengintensifkan pembaharuan dan pintu terbuka, sekali gus memberi limpahan manfaat kepada ekonomi AS. Kedua-dua negara ini telah mencapai hasil baik demi senarai negatif pada fasa ini. Diharapkan delegasi kedua-dua negara terus berusaha sehingga mencapai perjanjian perdagangan pelaburan dua hala yang bertahap tinggi dan seimbang."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China