China dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian tambahan bagi Mekanisme Pemberitahuan Saling Bertindak Tentera Utama serta Tatalaku Keselamatan Pertemuan di Laut dan Udara.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media semalam berkata, penandatanganan itu berasaskan persetujuan yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama pada Jun 2013.
Wu berpendapat, tindakan itu adalah untuk melaksanakan keputusan strategik pemimpin kedua-dua negara yang bersifat positif demi meningkatkan rasa saling mempercayai, mengelakkan salah faham dan salah membuat keputusan serta kemungkinan tercetus insiden yang di luar jangkaan.
Dimaklumkan, perjanjian tambahan itu melibatkan mekanisme baharu mengenai pelaporan krisis tentera dan pertemuan di udara.