Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping diadakan di Blairhouse, Washington, malam Khamis lalu.
Obama berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan rakan sejawatnya dari China ini ke AS. Xi turut meluahkan harapan agar sesi lawatannya di Washington akan membuahkan hasil dan mencapai lebih banyak konsensus.