Cari:
Sidang Kemuncak Pembangunan PBB Fokuskan Pembangunan Lestari
2015-09-25 13:43:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pemimpin-pemimpin daripada 193 buah negara, termasuk Presiden China, Xi Jinping akan bersama-sama membahaskan draf resolusi "Mereformasi Dunia Kita: Agenda Pembangunan Lestari 2030 dalam Sidang Kemuncak Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan pada 25 hingga 27 September ini di ibu pejabat PBB di New York. Cetak biru tentang pembangunan lestari global dalam tempoh 15 tahun akan datang akan dipersetujui oleh para pemimpin terlibat.

Sebagai perancangan pengganti Matlamat Pembangunan Milenium (MDG), apakah kandungan yang baharu dikemukakan dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030? Apakah kesan dan makna yang dibawa oleh agenda tersebut terhadap pembanguan lestari sejagat pada masa depan? Dan apakah caranya untuk melaksanakan agenda ini secara berkesan?

Naib Setiausaha Agung PBB atas hal-ehwal ekonomi dan masyarakat, Wu Hongbo ketika diwawancara oleh akhbar Renming Ribao China baru-baru ini menyatakan bahawa PBB mengemukakan MDG pada awal abad ke-21 dan telah mencapai kemajuan besar, terutamanya dalam bidang membasmi kemiskinan, membaikki mutu air minum, meningkatkan kadar kanak-kanak untuk bersekolah, mengurangkan kadar kematian ibu mengandung dan kanak-kanak.

Wu Hongbo berpendapat bahawa berbandingan dengan MDG, Agenda Pembangunan Lestari 2030 mempunyai ciri-ciri berikut.

Pertama, MDG disusun oleh sekumpulan pakar melalui perbincangan tertutup. Namun penggubalan agenda tersebut bukan sahaja melibatkan 193 buah negara anggota PBB, malah juga disertai oleh pelbagai kalangan masyarakat.

Kedua, agenda tersebut melibatkan semua negara anggota PBB, namun MDG hanya merangkumi negara-negara miskin dan kurang maju.

Ketiga, definisi "pembangunan lestari" dibaharui. Melalui praktik selama 15 tahun, masyarakat antarabangsa mencapai persetujuan bahawa pembangunan lestari meliputi pertumbuhan ekonomi, kemajuan masyarakat dan perbaikan alam sekitar.

Keempat, agenda tersebut merangkumi aspek yang tidak terkandung dalam MDG, seperti pengumpulan dana, pemantauan dan pelaksanaannya.

Selain itu, mengurangkan kemiskinan mutlak masih tetap merupakan salah satu misi dalam tempoh 15 tahun yang akan datang.

Wu Hongbo mengatakan bahawa matlamt pembangunan lestari tersebut harus dilaksanakan dari tiga aspek. Pertama, mengubah amalan lama seperti penggunaan dan cara pengeluaran yang tidak lestari. Kedua, pihak berkuasa patut menegakkan konsep pembangunan, menyelaraskan pembangunan yang seimbang. Ketiga, menubuhkan mekanisme pelaksanaan dan pemantauannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China