Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan pada upacara menyambut kunjungannya yang dilancarkan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di Rumah Putih, Washington semalam.
Xi berkata, China dan AS adalah negara yang gemilang, manakala rakyat kedua-dua negara pula cemerlang. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik 36 tahun lalu, meskipun mengalami jatuh bangun, tetapi hubungan antara kedua-dua pihak telah menyaksikan kemajuan yang signifikan.
Keputusan strategik mengenai pembinaan hubungan kuasa besar model baharu China-AS diluluskan bersama oleh Presiden Xi dan Presiden Obama semasa pertemuan mereka di Annenberg Estate di California pada 2013. Sejak itulah, kemajuan yang amat besar sudahpun disaksikan dalam kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang.
Xi berpendapat, hubungan China-AS pada masa ini harus sejajar dengan situasi semasa. Objek lawatan beliau adalah untuk keamanan dan kerjasama. China bersedia bersama-sama dengan AS untuk menggalakkan perkembangan hubungan dua hala dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bahkan seluruh dunia.
Xi dalam ucapannya menyusul beberapa cara untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, antaranya mengambil langkah untuk menjamin hubungan berkenaan mara di landasan yang betul, sihat dan stabil; meningkatkan komunikasi strategik berdasarkan rasa saling mempercayai, menghormati kepentingan dan perhatian masing-masing, mengetepikan perselisihan; mendukung konsep kerjasama yang saling menguntungkan, melebarkan bidang kerjasama; merapatkan hubungan persahabatan di kalangan rakyat dan menggalakkan masyarakat kedua-dua negara maju secara selaluan; serta meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu utama antarabangsa dan rantau, bersama-sama menghadapi cabaran global.
Presiden itu beranggapan, hubungan China-AS kini sedang berada pada satu permulaan yang serba baharu. Kerjasama yang bersifat saling menguntungkan adalah satu-satunya pilihan yang tepat dalam pengembangan hubungan kedua-dua negara. Beliau berharap agar kerjasama berkenaan dapat dijayakan untuk membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan China-AS.