China bersedia bersama-sama dengan AS untuk menggalakkan hubungan kedua-dua negara menuju ke landasan yang tepat, menerusi kerjasama pragmatik. Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika dalam perbincangan dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di Washington semalam.
Xi menyatakan, hubungan China-AS adalah salah satu hubungan bilateral paling penting di dunia. Walaupun mengalami saat-saat yang menyusahkan, tetapi hubungan ini masih menyaksikan perkembangan besar.
Beliau merayu supaya mempertahankan prinsip tidak berkonflik, tidak bertentangan dan saling menghormati, memperluas skop kerjasama pragmatik dua hala, serantau, malah global, serta menangani perselisihan dan isu-isu sensitif melalui cara yang bersifat membina.
Demi objek tersebut, Presiden Xi mengemukakan beberapa cadangan untuk hubungan China-AS selanjutnya. Antaranya, memanfaatkan beberapa mekanisme dialog utama, seperti Dialog Strategi dan Ekonomi China-AS, perbincangan peringkat tinggi berhubung pertukaran kebudayaan dan lain-lain; melebarkan kerjasama pragmatik dalam ekonomi, perdagangan, ketenteraan, antikeganasan, penguatkuasaan undang-undang, sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, pembinaan infrastruktur dan sebagainya; meningkatkan pertukaran kebudayaan demi memperkukuh asas hubungan dua hala; menghormati jurang perbezaan masing-masing dalam tradisi kebudayaan dan sejarah, sistem sosial, jalan pembangunan; meneruskan kerjasama dan dialog dalam hal-ehwal Asia Pasifik; serta bersama-sama menangani cabaran serantau dan global.