Cari:
Kerjasama China-AS, Isyarat Positif kepada Dunia
2015-09-26 14:59:54 CRI Cetak

Kemajuan signifikan yang dicapai semasa pertemuan Presiden AS, Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping sekali lagi memberi isyarat positif kepada dunia bahawa kedua-dua kuasa besar ini akan memperkasakan kerjasama dan menghadapi cabaran bersama.

Presiden Xi berkata demikian ketika atas undangan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dilancarkan bersama Timbalan Presiden, Joseph Biden dan Setiausaha Negara, John Kerry di Jabatan Negara di Washington, semalam.

Menurut beliau, lawatan yang merangkul pencapaian cemerlang itu dapat dijayakan di bawah bimbingan konsensus berhubung pembinaan hubungan kuasa besar model baharu yang dicapai ketua negara berkenaan pada Jun 2013.

Dimaklumkan, lawatan tersebut menyaksikan pencapaian besar dalam pelaburan, pertukaran kebudayaan, perubahan iklim, penyelarasan dan kerjasama dalam hal-ehwal pelbagai hala, dan lain-lain.

Dalam pada itu, Biden menekankan lagi adanya pengaruh yang positif pembangunan China secara damai terhadap dunia. Kedua-dua negara ini memiliki kepentingan bersama yang luas, biarpun masih wujud perselisihan dan persaingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China