Cari:
Agenda 2030 Pembangunan PBB Dimuktamadkan
2015-09-26 15:09:09 CRI Cetak
Agenda 2030 Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimuktamadkan dalam Sidang Kemuncak Pembangunan PBB yang akan berlangsung selama tiga hari di ibu pejabatnya, New York, semalam.

Agenda 2030 itu menetapkan 17 matlamat pembangunan mapan yang akan diterima pakai oleh negara-negara di seluruh dunia, yang antara lain menandakan bermula­nya satu era baharu pembangunan global yang memberi penekanan bersungguh-sungguh kepada siri tindakan ke arah pembangunan komprehensif yang lestari.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam sidang kemuncak itu berucap, agenda 2030 yang menonjolkan wawasan rakyat seluruh dunia itu memacu pewujudan matlamat yang disasarkan sebelum ini dalam Piagam PBB. Beliau merayu kepada kerajaan pelbagai negara supaya menerima pakai agenda berkenaan dan memasukkannya dalam strategi perkembangan negara masing-masing.

Difahamkan, agenda berkenaan akan dijadikan bimbingan kepada perkembangan dunia dan kerjasama antarabangsa untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China