Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peningkatan kerjasama China-AS di peringkat antarabangsa ditandatangani sempena sesi lawatan Presiden Xi Jinping di Washington semalam.
Dimaklumkan, MoU yang dibubuh tanda tangan oleh Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dan Ketua Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Alfonso Lenhart itu menentukan program kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pertanian, kesihatan, latihan modal insan dan lain-lain yang bertujuan membantu perkembangan negara-negara lain.