Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menghargai Pengumuman Bersama China-AS mengenai Perubahan Iklim yang dikeluarkan semalam sempena sesi lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS.
Ban dalam kenyataan menerusi jurucakapnya berkata, keputusan itu akan membantu satu perjanjian komprehensif dicapai pada Persidangan Perubahan Iklim yang bermula 30 November hingga 11 Disember nanti di Paris.
Beliau menganggap, pengumuman bersama itu memperlihatkan konsensus dan keseriusan dua entiti ekonomi terbesar di dunia ini mentransformasikan pertumbuhan mereka kepada cara berorientasikan karbon rendah.