Cari:
China, PBB Janji Kerjasama Lebih Rapat
2015-09-27 07:16:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengesyorkan supaya membina hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama yang saling menguntungkan, sekali gus mendukung menempuh jalan pembangunan secara damai, berusaha memelihara order antarabangsa kontemporari yang berasaskan Piagam PBB dan memperkasakan kerjasama dengan pertubuhan sedunia itu.

Demikian ditekankan Presiden Xi Jinping ketika dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di ibu pejabatnya di New York, pagi tadi.

Xi meminta masyarakat antarabangsa supaya mengambil kesempatan ketika ulang tahun ke-70 penubuhan PBB untuk memartabatkan Piagam PBB dan memelihara fungsi pertubuhan sedunia itu demi kedamaian dunia dan perkembangan bersama.

Ban Ki-moon mengalu-alukan kunjungan sulung Xi sejak beliau menyandang jawatan Presiden China. Beliau menyifatkan China adalah anggota utama di antara masyarakat antarabangsa, malah rakan utama dalam pelaksanaan agenda PBB. Sumbangan China kepada usaha kedamaian dan perkembangan dunia serta penyelesaian isu-isu antarabangsa dan serantau amat menonjol.

Ban memuji komitmen China terhadap pembangunan PBB yang dibuat dalam persidangan kemuncak pagi tadi sebagai amat memberangsangkan. PBB berharap agar memperkasakan kerjasama dengan China dalam proses menjayakan Agenda 2030 serta isu-isu semasa yang hangat dan perjanjian komprehensif berhubung perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China