Cari:
Kerjasama Selatan-Selatan Dipecut
2015-09-27 14:55:21 CRI Cetak

Kerjasama Selatan-Selatan diharap dapat dipecut ke tahap yang lebih tinggi dan luas.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika mempengerusikan Meja Bulat Peringkat Tinggi mengenai Kerjasama Selatan-Selatan dalam rangka kerja Agenda Pembangunan Pasca-2015 di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Xi mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan kerjasama berkenaan pada era baharu. Antaranya, negara-negara membangun patut menempuh jalan pembangunan yang sepadan dengan keadaan sebenar masing-masing, di samping berkongsi pengalaman tadbir urus negara sesama sendiri; daya saing negara-negara membangun boleh diperhebat menerusi langkah-langkah menyelaraskan dasar ekonomi makro dan menjayakan kerjasama dalam perdagangan, kewangan, kemudahan awam dan sebagainya; mekanisme baharu, seperti Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Bank Pembangunan Baharu Negara-negara BRICS, perlu dimanfaatkan; dan struktur perkembangan sejagat harus dibaiki dan reformasi pengurusan ekonomi global pula giat dilaksanakan untuk memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala. Serentak dengan itu, komunikasi dan pertukaran dengan negara-negara maju juga perlu diperluas.

Beliau dalam meja bulat itu mengumumkan tindakan terperinci China untuk membantu negara-negara membangun memajukan ekonomi dan membaiki kehidupan rakyat, iaitu menawarkan bantuan kepada negara-negara berkenaan dalam 600 progam yang merangkumi pembasmian kemiskinan, kerjasama pertanian, penggalakkan perdagangan, perlindungan ekologi dan perubahan iklim, serta pembinaan hospital, klinik, sekolah dan pusat latihan vokasional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China