Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menghargai kemimpinan global China ditonjolkan secara jelas semasa sambutan ulang tahun ke-70 PBB pada minggu ini.
Ban ketika ditemui Presiden China, Xi Jinping semalam berkata, kunjungan Xi ini adalah bukti terbaik yang menunjukkan sokongan China terhadap multilateralisme dan PBB sejak sekian lama.
Beliau juga menyanjung tinggi peranan China dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Milenium PBB serta usaha dalam menetapkan Agenda Pembangunan Mapan Pasca-2015.