Hasil pertemuan antara Presiden AS, Barack Obama dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping, Jumaat lalu, menjadi fokus utama media barat.
Akhbar The Wall Street Journal melaporkan, Pengumuman Bersama China-AS mengenai Perubahan Iklim yang baru dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu memperlihatkan tekad dua buah kuasa besar dari Timur dan Barat ini mahu matlamat yang disasarkan bersama-sama dapat dicapai.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menfokuskan kepada konsensus pemimpin kedua-dua negara ini mengenai peningkatan keselamatan siber. BBC berkata, perbincangan yang ikhlas dan luas mengenai hubungan bilateral, perdagangan, urusan dalam negeri masing-masing dan kerjasama global pula telah disentuh semasa pertemuan berkenaan.
Akhbar New York Times melaporkan satu komitmen baharu yang digariskan Presiden Xi, iaitu mewujudkan sistem dalam negeri tentang urus niaga pelepasan gas rumah hijau pada 2017.