Pakar dan sarjana dari seberang laut menyifatkan lawatan Presiden Xi Jinping ke AS yang merangkul hasil yang cemerlang sebagai peristiwa bersejarah di rantau, bahakn dunia. Konsensus utama yang dicapai kedua-dua negara dipercayai bukan sahaja akan menggalakkan kerjasama yang lebih rapat dan mewujudkan situasi saling menguntungkan, tetapi juga memberi manfaat kepada dunia.
Penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU), Oh Ei Sun berpendapat, China dan AS yang membawa senarai topik masing-masing ke meja rundingan untuk memperincikan pengembangan hubungan dua hala.
Mengenai langkah-langkah meningkatkan pertukaran kebudayaan, beliau berkata, persefahaman China-AS perlu ditingkatkan melalui penambahan program lawatan pertukaran antara satu sama lain.