Cari:
Xi Jinping Hadiri Upacara Penyampaian "Zun Kedamaian" kepada PBB
2015-09-28 11:39:57 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri upacara penyampaian "Zun Kedamaian" kepada PBB oleh kerajaan China di New York Ahad lalu. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut menghadiri upacara tersebut.

Xi berkata, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan PBB, penyampaian "Zun Kedamaian" ini adalah sebagai tanda tumpuan dan sokongan China kepada PBB. "Zun", bekas arak tradisional China yang diperbuat daripada tembaga ini mencerminkan aspirasi dan kepercayaan rakyat China terhadap kedamaian, pembangunan, kerjasama dan rasa saling menghormati.

Ini juga memperlihatkan semangat piagam PBB.

Ban Ki-moon mengucapkan terima kasih atas usaha China dalam pembangunan dan kedamaian dunia. Beliau berkata, PBB bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam usaha mencapai matlamat pembangunan milenium (MDG), membasmi kemiskinan, menangani perubahan iklim, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China