Cari:
Peng Liyuan Hadiri Majlis Pelancaran Setem Peringatan Orang Kurang Upaya
2015-09-28 14:33:58 CRI Cetak

Isteri Presiden China, Xi Jinping, Peng Liyuan menghadiri majlis pelancaran setem peringatan orang kurang upaya (OKU) di New York semalam.

Peng Liyuan ketika berucap pada majlis itu menyatakan bahawa sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan PBB bersama-sama menerbitkan setem peringatan OKU dan ini mencerminkan usaha kerajaan China dan PBB yang mementingkan kepentingan golongan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan dan masyarakat China memberi tumpuan terhadap golongan OKU dan usaha pembangunan OKU di China telah mencapai kemajuan yang cemerlang.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar berusaha bersama membantu OKU berkongsi keadilan, kehormatan dan keharmonian dalam masyarakat.

Setem itu dilancarkan bersama oleh Peng Liyuan dan Yoo Soon-taek, isteri kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China