Cari:
Insiden Rempuhan Paling Buruk
2015-09-28 16:09:11 CRI Cetak

Menurut statistik terkini Arab Saudi, insiden rempuhan di Mekah telah menyebabkan lebih 1,700 jemaah haji menjadi mangsa. Iran menuntut negara itu memohon maaf.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Falih dalam sidang akhbar pada 26 September lalu berkata, insiden rempuhan itu telah mengakibatkan 769 jemaah haji maut, manakala 934 lagi cedera.

Oleh sebab sebahagian mangsa tidak membawa kad pengenalan diri, kerja-kerja mengenal pasti identiti mangsa sukar dilaksanakan.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam berkata, insiden rempuhan kali ini adalah yang paling buruk dan Arab Saudi harus bertanggungwab atas insiden tersebut dan memohon maaf kepada masyarakat Islam dan keluarga mangsa.

Presiden Iran, Hassan Rouhani menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyertai kerja penyiasatan.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengkritik Iran dengan menyatakan bahawa Iran tidak perlu "bermain politik" pada ketika ini dan menuntut Iran menunggu keputusan hasil siasatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China