Cari:
Kerjasama Keselamatan Iraq dengan Rusia, Iran dan Syria
2015-09-28 14:38:31 CRI Cetak

Kerajaan Iraq mengesahkan penglibatannya dengan Rusia, Iran dan Syria dalam kerjasama keselamatan demi menghadapi ancaman keganasan serantau.

Pusat Arahan Tindakan Bersama Iraq mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa kerjasama keselamatan ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai kumpulan militan "Negara Islam" (IS).

Menurut kenyataan tersebut, persepakatan yang dicapai oleh keempat-empat negara itu adalah atas tuntutan kerajaan Rusia berikutan lebih seribu warga Rusia menganggotai IS dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerajaan Rusia.

Menurut penganalisis, tindakan Rusia membawa maksud pihaknya akan meningkatkan campur tangan dalam situasi di Syria dan menambah kekuatan kerajaan Syria dalam memerangi IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China