Cari:
Xi Jinping Kembali ke Tanah Air
2015-09-29 13:01:19 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping berlepas dari New York ke tanah air selepas mengakhiri lawatan negara di Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri Persidangan Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Xi tiba di Seattle pada 22 September lalu bagi memulakan lawatan negara pertamanya di AS. Beliau menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan dan pertubuhan, menyampaikan ucapan tentang hubungan China-AS serta mendapat sambutan dan perhatian masyarakat antarabangsa.

Beliau tiba di Washington pada 24 September lalu dan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk membina hubungan negara besar yang baharu. 

Selepas mengakhiri lawatan di AS, Xi telah menghadiri Sidang Kemuncak Pembangunan PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China